6 Jenis Bau Vagina Dan Maksudnya....


6 Jenis Bau Vagina Dan Maksudnya|Tanpa anda sedari sebagian wanita tidak memahami bahwa penyakit alat sulit atau vagina wanita dapat diketahui lebih awal melalui bau yang di keluarkan.

Oleh demikian vagina yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan adalah tanda awal penyakit yang bakal di hadapi.

Justru itu anda sebagai wanita sepatutnya jangan memandang ringan berkait masalah bau ini.anda seharusnya tahu membezakan bau normal ataupun sebaliknya.

Pengamal perubatan, doktor Jennifer Wider seperti yang dipetik dari Cosmopolitan.com, mengatakan bahawa bau yang kurang menyenangkan itu datang dari sesuatu aktiviti dan diet seseorang.

Berikut 6 bau vagina dan maksudnya.

1.Bau Musky

Alat sulit yang baik dan sihat biasanya memang mengeluarkan semacam bau, tetapi bau tersebut bergantung kepada aktiviti-aktiviti pada setiap harinya.

Misal kata, kelenjar keringat seseorang akan mengeluarkan bau musky yang 100 peratus adalah normal setelah mereka melalui aktiviti berjogging ataupun berjalan kaki.

2.Bau Klorin

Biasanya bau klorin atau bau yang hampir dengan bahan kimia ini akan terasa selama mana anda berhubungan intim atau disebabkan penggunaan kondom. Akan tetapi, ia bukanlah suatu bau yang perlu dibimbangi.

3.Bau Kulat

Pertumbuhan kulat atau fungus yang banyak pada alat sulit boleh menyebabkan keluarnya bau yang kurang menyenangkan.

Tanda-tandanya akan terlihat jelas seperti kulat atau fungus yang melekat pada roti yang telah tamat tempohnya. Jika anda memiliki tanda-tanda tersebut adalah dinasihat agar bersegera berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan nasihat mereka.

4.Bau Darah

Janganlah anda bimbang seandainya anda mencium sedikit bau seperti bau darah selama lebih kurang sebulan. Bau ini adalah disebabkan oleh kesan dari menstruasi.
Sisa-sisa dari kesan menstruasi ini boleh bercampuran dengan keadaan anggota sulit semulajadi anda yang menyebabkan munculnya bau tersebut.

5.Bau Manis

Bau manis ini selalunya akan dikeluarkan ketika anda mengambil makanan rutin harian buah-buahan seperti anggur, jeruk, nanas atau sebagainya.
Buah tersebut mampu mengharumkan bau maupun cairan yang keluar. Sementara itu, elakkanlah dari mengambil bebawang, asparagus dan brokoli kerana anda pasti tahu bauannya.

6.Bau Hamis

Jika tercium bau busuk yang cukup kuat dari anggota tersebut, ini berkemungkinan anda terkena jangkitan kuman. Sebagai contoh, bakteria vaginosis yang berpunca dari pertumbuhan bakteria secara berlebihan akan menggangu kestabilan tahap pH pada anggota tersebut.

Akibatnya, bau hamis ini akan muncul bersama-sama lendir kehijauan setelah melakukan hubungan intim. Perkara ini menunjukkan yang anda telah terkena Penyakit Menular Seksual (PMS) yang bernama Trikomoniasis. Oleh yang demikian, dapatkanlah nasihat doktor dengan segera agar jangkitan tersebut dapat dibendung.

Post a Comment