"Luluh hati mama lihat putri terlentang atas mangkuk tandas"

Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Nur Fatin yang menceritakan kejadian yang menimpa anaknya. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit pengajaran dan manfaat kepada ibu-bapa diluar sana. Baca lagi:



"Dari Allah kita dtg dan dari Allah jua kita dikembalikan"

Ujian buat mama syukur pada Maha Pencipta sekalian makluk.
Puteri makin sembuh dan kembali normal

Just for sharing for all parent outside:
10:20am putri masuk bilik air untuk gosok gigi. Seperti biasa mandi ikot turn bermula dari adik hingga ke kakak. Mama siapkan one by one. Dah siap kan baby mama siapkan second putri blom sempat mama selesai pakaikan baju yang no 2 putri dah masuk bilik air.

As a normal dia dah memang berdikari mandi sendiri tak sampai 1minit masuk bilik air mama terdengar macam sesuatu macam kepala terhantok disink. tak sedap hati mama terus pergi tengok.

Time tu Allah sahaja yang tahu luluh hati mama putri lihat putri terkulai layu terlentang atas mangkok tandas dengan mata hitam ke atas tangan kaki dah mula mengeletar bibir muka puteh pucat. tak sedar diri putri masa tu. mama pangku putri mama panic hanya Allah mama bergantong time tu then baru teringat nak panggil papa.

Putri kejong keras mama selawat istifar dan tawakal siramkan air paip bermula dari kaki hingga kepala. Kejong makin ok cuma macam khayal lemah selemahnya dengan muka dan bibir puteh pucat.
Menitis air mata mama putri tak tahan tengok kesakitan yang awak rasa.

Putri tak demam. Aktif macam biasa. tak de masalah kesihatan alhamdulilah tapi ujian Allah bila2 masa tanpa diduga akan berlaku.

Mama & papa terus ke hospital untuk check up. Doc bagitahu time jadi macam tu oksigen dalam badan putri dah stop. doc pun tak dapat kesan punca kejadian. tapi benarlah Allah sebaik2 tempat kita bergantung harapan. Now putri warded untuk monitor 24hour.

So pada ibu2 plz alert just perkongsian. Waktu mandi kalau boleh dekat dengan anak dekat dengan bilik air terutama rumah yang 2tingkat jangan biarkan dia keseorangan dibilik air.

Mandi bermula dari kaki sedikit demi sedikit ke atas hingga kepala. If mandi sorang kita tak tahu si ank terus siram kpala atau tak.

Sunnah its the best

Tips ni pun dari yang lebih arif

Apa2 pun kejadian semua perancangan dari Allah swt.

Doakan putri mama supaya sihat dan boleh pulang esok. In shaa allah

Post a Comment