Terkini Dengan Bantuan SKMM Identiti Amran Fans Yang Sangat Misteri Itu Terbongkar....



Identiti Amran Fans Terbongkar | Pada 26 April yang lalu Amran Fans telah mengadakan perasmian sebuah buku berjudul ‘Amran Fans’ di PWTC. Apa yang peliknya Fadzil Zahari dan Yana Samsudin turut hadir pada majlis perasmian tersebut. Dek kerana itu juga ramai peminat Amran Fans hadir untuk bertemu Amran Fans yang sebenar tetapi sehingga kini siapakan Amran Fans yang sebenar masih belum didedahkan.


Tetapi suspek yang disyaki ‘Amran Fans’ ialah Fadzil Zahari sendiri kerana hadir di majlis pelancaran buku Amran Fans memandangkan pelbagai krisis yang menimpa antara isterinya dan pemilik Amran Fans. Nak tahu contohnya apa boleh lihat artikel ini Amran Fans Tulis Surat Jemputan Kepada Yana Samsudin. Lagipun rata-rata peminat Amran Fans telah meneka Fadzil Zahari ialah Amran Fans.


Agak-agak logik tak suami pelakon Yana Samsudin yang dikatakan sebagai Amran Fans? Penulis rasa ada logiknya apabila melihat post dari Amran Fans dan Fadzil Zahari yang hampir sama. Maknanya rajin bebenor Fadzil Zahari melayan Amran Fans punya post.


Agaknya apa yang korang rasa? Memang betul-betul misteri pemilik Amran Fans ini. Ramai yang dah tidak sabar ingin ketahui hal sebenar. Amran Fans yang boleh dikatakan agak bernas pemikiran, kelakar, dan bla bla.

Post a Comment