Wajah Pengebom Dan Penembak Jakarta Berjaya Dirakam...

Apa yg mendorong tindakan ganas berani mati seperti ini? Rasanya duit bukan motif lelaki ini. Apabila otak dan minda dirosakkan dengan propaganda keganasan maka keganasan lah hasilnya.



HARI ini kita dikejutkan dengan peristiwa pengeboman di Starbuck Jakarta. Detik dramatik serangan pengganas di kawasan Sarinah Mall hari ini berjaya dirakam jurugambar Tempo.com, Aditia Novansyah, yang berada di lokasi.

Kompas.com melaporkan, ada 11 gambar berturutan diterbitkan Tempo dan melaluinya dapat dilihat suspek melakukan aksi tanpa disedari orang ramai sehinggalah ia terlewat.

Pada gambar pertama, seorang lelaki berpakaian hitam, bertopi dan membawa beg sandang di Jalan MH Thamrin yang menuju Bulatan Hotel Indonesia.

Suspek terbabit dilihat bersama seseorang yang berpakaian biru dan jaket hitam.

Kedua-dua suspek itu berdiri bersahaja di belakang kerumuman orang awam yang melihat tiga mayat terkapar sejurus selepas bom meletup.

Pada gambar lain, suspek dilihat mengacukan pistol ke arah dua polis trafik yang ada berhampiran orang ramai.

Pada dua gambar terakhir, anggota polis terbabit dilihat memegang perutnya sambil membelakangi suspek.

Adakah pengebom dan penembak ini merupakan pengikut pengganas IS? Buat masa ini perkara tersebut masih belum dapat dipastikankan.

Disini kita ingin menegaskan bahawa, kita tidak akan menyokong sebarang tindakan yang berbentuk keganasan. Kita ada undang-undang yang melindungi semua pihak. Tambahan pula mahkamah Allah s.w.t akan tetap menunggu kita di SANA nanti.
– PRU14.tv








Post a Comment