Adik Minta Henti Sebar Gambar Kakak Bunuh Diri..

Masih ingat dengan video seorang gadis cantik di Pulau Pinang terjun/terjatuh dari bangunan 16 tingkat? Dengarkan penjelasan yang sebenar dari akaknya yang buatkan kami terkejut.


ADIK perempuan kepada gadis yang maut bunuh diri, P. Thirptisonia meminta netizen berhenti daripada menyiarkan gambar ngeri kakaknya terjun dari tingkat 16 apartmen di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

P. Darshwini, 21; maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala namun gambar kematiannya tersebar luas menerusi laman sosial dan aplikasi perbualan WhatsApp.

VIDEO: BF Nafi Minta Foto Bogel Gadis Cantik Bunuh Diri
P. Thirptisonia menulis di laman Facebook, “Tolong berhenti menyebarkan khabar angin mengenai kematian kakak saya. Tiada adik yang mahu melihat gambar kematian kakaknya di sana sini. Tolong hentikannya! Terima kasih.”

“Tolong berhenti sebar cerita palsu dan khabar angin mengenai dirinya. Sebaliknya sila berdoa untuk dirinya untuk berehat dengan aman. Itulah kurangnya anda semua boleh lakukan untuk malaikat cantik saya,” tulisnya lagi.



Sementara itu mengulas mengenai sebuah rakaman yang dikatakan video Darshwini terjun itu terbukti palsu, Thirptisonia berkata ia memang langsung tidak ada kena mengena dengan kakaknya.

Hal itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

“Ia satu kejadian di China dan mangsa adalah seorang lelaki.

“Siasatan menunjukkan Darshwini jatuh dari sebuah apartmen dan bukan dari atas bumbung,”
katanya. – MYNEWSHUB.CC

Akibat Nak Buka Aib Orang, Aib Sendiri Yang Terlondeh...



Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Intan Farhana telah berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan pasangan kekasih yang menaiki motosikal menggunakan lorong Drive Thru restoran makanan segera McDonald untuk memesan makanan.

“Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni nan awek dia, berdekah terkekek aku nan laki aku ahh. Ini drive thru bukan ride thru,” katanya.

Susulan daripada itu, netizen telah mengkritik tindakannya mentertawakan orang yang dianggap memalukan pasangan terbabit.

“Apa yang peliknya? Rider lalu Drive Thru McDonald adalah perkara biasa. Pertama kali ternampak ke? Sakai,” kata Ziba.

““Kat Arab nun ada je orang naik unta lalu Drive Thru. Tak ada pula yang peliknya. Baru keluar dari gua ke?” kata Nizam.

“Aku kerja di McDonald Drive Thru dah setahun. Memang dah biasa dah tengok. Aku rasa Intan Farhana ini baru datang ke bumi. Diorang dari Planet Nameck. Planet Nameck tak ada Drive Thru,” kata Azril Ril.

Guru Membabikan Pelajar Punca Beliau Kemalangan, Dihentam Teruk Netizen! Guru Kurang Ajar!


Sebentar tadi di Twitter jadi perbualan hangat orang ramai apabila seorang guru dikatakan melanggar seorang budak sekolah yang membonceng motorsikal. Lebih teruk lagi bila guru tersebut mengeluarkan kata-kata kesat di Twitter. Hmm mungkin tengah marah kot, tak boleh nak kawal.

Tapi tindakan guru tersebut dapat kritikan daripada netizen. Tapi apabila diterangkan balik, guru tersebut mengatakan bahawa budak tu sedang berlumba motorsikal dengan raka-rakannya. Jadi siapa yang betul dan siapa yang salah? Bincangkan.
‘Sumpah aku mencarut pepagi..’


Tindakan tersebut dapat kutukan netizen


Kronologi cerita dari cikgu ni






Budak tu berlumba!



Cerita keadaan dengan lebih terperinci



Minta maaf, tak boleh nak kawal marah



Mengaku salah sebab post gambar





Sumber: Twitter

Kes Penceraian Meningkat, Wanita Ini Beri Sebab Kenapa Pengurusan Rumahtangga Orang Kita Masih Lemah...



Dengan keadaan ekonomi dan peningkatan taraf hidup zaman sekarang ini, tugas mencari rezeki bukan hanya terletak pada bahu suami. Isteri juga bekerja untuk membantu suami meringankan beban. Apabila masing-masing dah penat bekerja mulalah berlaku pergaduhan kerana tidak bersefahaman dan sebagainya.

Wanita ini beri sebab kenapa pengurusan rumahtangga dalam masyarakat kita masih ditahap lemah walaupun ceramah kesedaran berumahtangga ni dah banyak kali diadakan. Katanya, jangan tumpu kepada isteri type 1 saja, zaman sekarang banyak isteri yang type 2. Eh?

Kebanyakan contoh diberi dalam ceramah untuk isteri type 1

sekadar gambar hiasan


Dear ustaz/ustazah.

Saya dah dengar banyak ceramah pasal bagaimana seorang isteri patut melayan suami. Semuanya betul.

Cuma, almost semua situasi yang diceritakan itu kisah isteri duduk rumah. Isteri type1.

Memanglah manis isteri sambut suami balik.
Suami balik buatkan air.
Suami balik makanan dah siap.
Suami nak makan apa, masakkan.
Suami balik rumah bersih, wangi.
Isteri dah siap berhias bermekap.

Suami nak apa, layankan.

I couldn’t agree more.
Memang betul semua tu.

Cuba tukar contoh-contoh dalam ceramah anda, ambil contoh isteri type 2

sekadar gambar hiasan


Tapi pernahkah kita terfikir,
Walaupun ceramah kesedaran berumahtangga ni dah banyak kali diadakan, pengurusan rumahtangga masih ditahap lemah dalam masyarakat kini.

Lihat sahaja statistik penceraian.
Jumlah kes isteri nusyuz.
Kisah isteri derhaka.

It is all climbing up.

Why ustaz? Why ustazah?

I would like to suggest one thing.

Cuba tukar contoh2 dalam ceramah anda.
Ambik contoh isteri sibuk berkerjaya.
Isteri type 2.

Berkerja pula bukan sebab suka nak kerja, tapi nak bantu suami tanggung perbelanjaan keluarga.
Isteri balik rumah lebih lewat dari suami atau paling koman sama time.
Isteri letih berlipatkali ganda dari suami.
Suami letih, balik rumah rehat.
Isteri letih, balik rumah, boleh rehat ke?

Hujung bulan siap isteri kene buat side income pulak nak tolong suami bayar bil.

Sudah-sudahlah dengan cerita isteri tunggu suami balik depan pintu dengan senyum manis tu

sekadar gambar hiasan

Isteri2 kategori ni yang lebih perlukan guidance.
Isteri jenis ni yang perlukan rawatan rohani.
Mereka ini yang perlu dididik bagaimana nak kekal hormat, taat pada suami dalam keadaan badan letih, otak serabut, kepala pusing.
Mereka perlu bantuan bagaimana cara nak tunaikan segala permintaan suami dan penuhi segala keperluan suami dalam keadaan tak cukup masa di rumah, tak cukup tenaga di badan, dan tak cukup tenang di fikiran.

Isteri type 1 yang boleh sambut suami balik tu memang dah banyak sangat tips yang sesuai yang boleh dipraktikkan.

Tapi jenis isteri type 2 ni masih menggagau mencari2 bagaimana nak uruskan suami dengan senyum manis bak gula batu.

Ustaz/ustazah
Lihatlah keadaan sebenar. Sudah2 lah dengan cerita isteri tunggu suami balik depan pintu dengan senyum manis tu. Dah banyak dah contoh2 yang macam tu.

Cuba ajar bagaimana nak senyum manis bila sampai rumah dah maghrib lepas redah jam sejam setengah, masuk rumah kain berlonggok, pinggan bertimbun, tengok kat fridge melekat bil letrik, air dan segala bil masih belum berbayar.

Belum sempat tarik nafas, anak2 dan suami pulak dah tanya, malam ni mama nak masak apa?

Isteri2 type 2 ni perlu penyucian jiwa, pencerahan emosi dan terapi jasmani.

Phewwww!


Credit to Izyan Izdihar Shaarani

Sumber : http://www.ohbulan.com/kes-penceraian-meningkat-wanita-ini-beri-sebab-kenapa-pengurusan-rumahtangga-orang-kita-masih-lemah/


SUBHANALLAH!! AWAS!! INILAH 22 PENYEBAB UTAMA MALAIKAT JIJIK UNTUK MEMASUKI RUMAH KITA!! NO.6 & 9 TU PALING SELALU KITA BUAT!!! LEPAS DAH TAU NI KALAU MASIH TAKDE KESEDARAN LAGI UTK UBAH PERANGAI MASING-MASING BILA DLM RUMAH TAKTAU LA MANUSIA JENIS APA......



Antara Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda

1- Rum@h orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2- %Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3- Rumah yang memelihara anjing.

4- #Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5- Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- @Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12- !Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- ^Rumah yang memiliki patung-patung.

16- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- >Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Mari kongsikan…

Pernah Dibuang Daerah Kerana Sertai Kongsi Gelap, Kini Jadi Jutawan di Usia 25 Tahun...


SEREMBAN - Ketika usianya 19 tahun, dia pernah dihukum buang daerah atas kesalahan menyertai kongsi gelap, tapi siapa sangka dia kini adalah seorang jutawan hasil menjual sabun anti-jerawat.

Jutawan tersebut, Muhammad Zukermi Edi, 25, menceritakan kisahnya bagaimana hukuman itu menjadi titik perubahan dalam hidupnya.

Kena Lapor Diri 2 Kali Seminggu Selama 2 Tahun

Sepanjang tempoh dua tahun dia dibuang, Zukermi tahun, tidak dibenarkan meninggalkan daerah Rembau dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali dalam seminggu.



Lebih dari itu, hidup Zukermi menjadi lebih perit apabila keluarganya di Puchong, Selangor enggan berhubung lagi dengannya. Di Rembau, kehidupan Zukermi tidak tentu arah dan dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan.

Ibarat Gelandangan

Setiap hari, dia menumpang beg pakaiannya di sebuah kedai di pekan Rembau dan apabila malam berlabuh dia akan mencari kawasan seperti stesen bas atau surau untuk melelapkan mata.

Sepanjang dua tahun yang hitam itu juga, masyarakat sekeliling di pekan itu memandang serong terhadap Muhammad Zukermi kerana mereka mengetahui dia sedang menjalani hukuman buang daerah.

Kembali Selepas Dua Tahun

Selepas dua tahun, Zukermi kembali ke ibu negara selepas tamat tempoh hukuman. Dia kemudian mula mencari kerja di Kuala Lumpur dengan melakukan pelbagai kerja termasuk dengan menjaga parkir kereta.

Dapat Ilham di Kafe Siber

Dek kerana merasakan kehidupan di ibu kota sukar, Zukermi kemudian kembali ke Rembau. Satu hari, ketika dia melepak di kafe siber, Zukermi mendapat ilham untuk menjual produk online. Dia mula menjual produk kesihatan dengan mengiklankannya di media sosial.

Sebaik sahaja menerima tempahan, Muhammad Zukermi mendapatkan produk yang dipesan itu, dan mengeposnya kepada pelanggan. Hasilnya, dia menerima tidak kurang tiga pelanggan setiap hari bermula dari saat itu.



Produk pertama yang dijual ketika itu merupakan barangan kesihatan lelaki. Apabila mendapat sambutan, Muhammad Zukermi mula menjual sabun anti jerawat.

Allah itu Maha Pemurah. Apabila hambanya berusaha, maka akan dianugerahkan rezeki melimpah ruah. Itu jugalah yang terjadi kepada Muhammad Zukermi. Sabun anti jerawat yang dijualnya mendapat sambutan hangat. Justeru, dia mula menjual sabun itu atas jenamanya sendiri, MZ Secret Soap.

Balik Jumpa Ibu Bapa

Selepas perniagannya berkembang, Zukermi lantas teringat kepada ibu bapanya. Zukermi kemudian pulang bertemu mereka dengan memandu kereta pertama yang dibelianya iaitu Proton Perdana.

“Pada mulanya, ibu bapa saya langsung tidak percaya saya pulang dengan kereta sendiri. Malah mereka ingat saya dapat duit banyak kerana jual dadah. Tetapi apabila saya katakan saya jual sabun dan menunjukkan kisah saya di keratan akhbar, mereka lega dan percaya.

“Malah mereka datang melawat saya di pejabat. Syukur hubungan saya dan keluarga kini sudah baik. Malah mereka juga menjadi pendorong semangat saya untuk terus berjaya di bidang ini,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Kongsi Kisah di Facebook

Zukermi tidak malu untuk berkongsi kisahnya di Facebook kerana mahu ia dijadikan pengajaran dan inspirasi buat anak-anak muda yang mempunyai impian namun masih tidak nampak jalan atau peluang.

Masih terngiang-ngiang kata-kata yang pernah dihambur kepadanya suatu ketika dahulu. “Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri sahaja, jangan nak berangan sangatlah. Budak tak guna!”. Kata-kata itu, sebenarnya menjadi pendorong yang menguatkan lagi azam anak muda ini untuk terus berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi.

Zukermi kini mempunyai syarikatnya sendiri, MZ Secret Sdn Bhd dan memasarkan produk keluarannya sendiri menerusi online.

Selain sabun jerawat, syarikatnya kini turut mengeluarkan beberapa produk lain termasuk Azanis Scar Serum yang dikeluarkan bersama rakan kongsi yang juga isterinya, Nur Azianis Zulkifli. - Siakapkeli.my


91 pemilik kenderaan guna laluan kecemasan bakal dikenakan tindakan - JPJ


Kelewatan ambulans yang tidak dapat menggunakan lorong kecemasan akibat dihalang kenderaan menyebabkan dua adik beradik itu maut sebelum sempat dirawat di hospital.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memanggil 91 pemilik kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan sehingga menganggu ambulans di Kilometer 228, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Simpang Ampat, Melaka, Ahad lalu.

Pengarah Penguatkuasa JPJ, Datuk V.Valluvan memaklumkan mereka diberikan tempoh dua minggu bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan yang menyebabkan dua penunggang motosikal maut akibat kelewatan ambulans.

"Kita sudah kenal pasti semua pemilik dan akan menghantar notis temu siasatan ke alamat yang didaftarkan pemilik kenderaan terbabit termasuk tujuh daripadanya adalah kenderaan dari Singapura,

"Selepas siasatan dijalankan dan jika didapati pemilik bersalah, mereka akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,"
katanya.

Jika disabit kesalahan, denda RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali akan dikenakan.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, seorang penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah selepas melanggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan kerana rosak.
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mereka tercampak di atas jalan raya, manakala sebuah lori sayur yang berada di belakang motosikal terbalik di lorong tengah kerana cuba mengelak mangsa.

Kelewatan ambulans yang tidak dapat menggunakan lorong kecemasan akibat dihalang kenderaan menyebabkan dua adik beradik itu maut sebelum sempat dirawat di hospital.




VIDEO..!! Cara Bapa Ini Mendisplinkan Anaknya Menangi Hati Netizen...


Untuk menghukum anak-anak tak perlu sentiasa memukul mereka. Apabila kerap menggunakan kekerasan terhadap mereka, lain pula jadinya nanti.

Kalau kerap pukul dituduh pula mendera, bila tegur cara baik tak naik lemak pula. Jadi, cara terbaik untuk mendidik anak-anak adalah dengan menggunakan kaedah reverse psychology.

Video seorang lelaki ‘berlakon’ mahu memukul anaknya menjadi viral. Lelaki ini masih mengekalkan rasa timbang rasa walaupun anaknya melakukan kesilapan.

Netizen turut memuji tindakan si bapa ini dalam mendidik anaknya. Jom tengok video ini:

SUBHANALLAH... (VIDEO) Satu Kejadian Aneh Berlaku Ketika Wanita Hamil Ini Sedang Berehat..




Nak kata tak logik, kejadian ini memang real. Video ini memaparkan sesuatu yang jarang dilihat berlaku ketika wanita yang tengah sarat mengandung ini sedang berehat. Jika diperhatikan pada perutnya, kelihatan bayi yang dikandung begitu aktif sekali bergerak. Kebiasaan kita akan nampak sedikit sahaja bayi yang bergerak, tetapi tidak pada bayi wanita ini. Mak aihh, ke kiri kanan haa dia bergerak dalam perut tu! Semua kuasa tuhan kan.
 


Sumber FB Media Hiburan


(VIDEO) Inilah Dia Servis Sidek Yang Diharamkan Pada Tahun 1982, Memang POWER!



Pada penghujung dekad 1970-an 'lahir'nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.

Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai Servis Sidek.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi 'mangsa' teknik servis ciptaan mereka itu. Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?





Masa Depan Pemain Malaysia Yang Bernilai RM 1 Juta Musnah Angkara Pemain Manchester United!



Cloude Le Roy, bekas jurulatih Malaysia pernah melabelkan Azrul sebagai pemain bernilai RM1 juta.
Kegemilangan era-bolasepak zaman lalu sukar untuk dikembalikan, tak tahu dimana silapnya pasukan sekarang jauh bezanya dengan pasukan yang pernah menjadi antara pasukan yang digeruni lawan diperingkat Asia suatu ketika dulu.

Peminat bola sepak Malaysia zaman sekarang mungkin tidak mengenali dan tidak pernah mendengar nama Azrul Amri Burhan. Di zamannya dia ialah seorang pemain muda yang berbakat dan mempunyai potensi besar dalam bola sepak.

Pemain kelahiran Tapah, Perak ini ialah seorang pemain tengah yang berbakat di era 90-an. Dia pernah mewakili Kuala Lumpur (1994-1996), Perak (1996-2001), TNB Kelantan (2002) (2004-2005), dan Negeri Sembilan (2003-2004). Azrul juga pernah mewakili skuad Olimpik Malaysia (1992-1995) dan juga skuad futsal Malaysia (1996).

Pada tahun 1995, Skuad Olimpik Malaysia telah menyertai satu kejohanan bola sepak antarabangsa Perancis, Toulon Tournament “Tournoi Espoirs de Toulon”, ianya hasil usaha bekas jurulatih Malaysia ketika itu Cloude Le Roy dengan Persatuan Bola Sepak Perancis (FFA)
Espoir de Toulon ialah satu kejohanan jemputan yang menjemput banyak pasukan kebangsaan B-20. Kejohanan ini juga telah banyak melahirkan pemain-pemain berbakat dunia seperti Maradona, Alan Shearer, Rui Costa, Juan Riquelme, David Beckham, Phil Neville, Gary Neville, Robert Pires, Pablo Aimar dan ramai lagi.



Dalam edisi 1995 ini, Malaysia telah di undi dalam kumpulan B bersama-sama dengan Brazil, England dan Angola.
Dalam perlawanan pertama bertemu Angola, Malaysia kalah 0-3. Perlawanan kedua pula Malaysia bertemu England dan tewas 0-2.




Dalam perlawanan kedua menentang England, Azrul telah bermain dengan baik. Kawalan di bahagian tengah yang mantap, kreatif dan tenang membuatkan England cemas. Melihatkan keadaan ini, England mula bermain secara keras. Azrul telah di tackle keras oleh pertahanan England Gary dan Phill Neville. Dia mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.

Dalam perlawan terakhir Malaysia bertemu Brazil. Tiada harapan besar diletakkan kerana telah tewas 2 perlawanan pertama. Tetapi pemain Malaysia bermain dengan penuh semangat walaupun tanpa Azrul. Keputusannya Malaysia 0-3 kepada Brazil.

“Walaupun kami tewas 0 – 2 dengan Brazil, banyak yang kami belajar daripada pasukan ini. Setiap pemain mempunyai skill dan teknik individu yang tinggi. Dari segi aspek technical permainan pula, ketika menyerang mereka bergerak dengan satu unit dan penuh kesabaran.
Apabila mereka sampai sahaja di luar kawasan petak penalty mereka begitu pantas berlari untuk mengelirukan pihak lawan. Ini yang dapat kami belajar daripada pemain Brazil”
– Hasnizam Uzir
Kejohanan edisi 1995 itu telah dimenangi oleh Brazil selepas menewaskan Perancis di final dengan keputusan 1-0.

Dalam kejohanan tersebut, selepas Malaysia bertemu Angola, Azrul telah didatangi oleh lagenda Perancis Michel Platini, menawarkan kepadanya untuk menyertai kelab utama liga, Perancis Montpellier FC. Dikhabarkan kelab tersebut bersedia untuk membayar Rm1 juta.

Sayangnya selepas kecederaan teruk yang dialami Azrul, prestasinya telah menurun. Sentuhan dan teknik permainan tidak lagi seperti dulu. Maka, hilanglah seorang pemain Malaysia yang berbakat besar.

Kita harapkan semoga Malaysia dapat menghasilkan lagi pemain-pemain berbakat seperti Azrul ini agar pasukan Malaysia mampu menjadi Pasukan yang disegani sekurang-kurangnya di rantau Asia Tenggara.

Kredit: OhMelodi.com

Rumah ini tidak berpenghuni sejak 1956, namun selepas pemilik baru pindah masuk, apa yang ditemuinya amat memeranjatkan...

Rumah ini tidak berpenghuni sejak 1956, namun selepas pemilik baru pindah masuk, apa yang ditemuinya amat memeranjatkan

MASYAALLAH!! Rumah ini tidak berpenghuni sejak tahun 1956, namun selepas pemilik baru pindah masuk, apa yang ditemuinya amat memeranjatkan sekali. Mari saksikan 16 foto apa yang dijumpai pemilik baru ini di dalam rumah lama itu.


Apa yang anda lihat di sini bukanlah daripada filem, namun ia adalah gambar dapur asal yang dibina pada tahun 1956 yang tidak disentuh hampir 60 tahun.

Pada tahun 2010, pereka perabot Amerika, Nathan Chandler, membeli sebuah rumah yang tidak didiami sejak tahun 1956.

Secara amnya, mesti kita terbayangkan akan menjumpai banyak habuk dan sampah seperti dalam rumah-rumah lama. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila pemilik baru itu mendapati semua tempat terutamanya dapur, dalam keadaan baru dan sempurna.

Pemilik sebelumnya telah membinanya sekali dilengkapi dengan perabot rumah, tetapi tidak pernah menetap di sana.